Bagaimana Sih Kegiatan Perekonomian Pasar di Masa Rasulullah ?

 Penulis :

Nama                 : Adli Dzil Ikram

NIM                   : 201910160311545

Kelas / jurusan   : Manajemen FEB UMM / 4A

Asslamualaikum warrahmatullahi wabarakatu, perkenalkan nama saya Adli Dzil Ikram dari fakultas FEB UMM jurusan Manajemen, disini saya akan menjelaskan tentang “Bagaimana Sih Kegiatan Perekonomian Pasar di Masa Rasulullah ?”. Pasti semua penasaran dan masih bingungkan, dibawah ini adalah penjelasan jawaban yang kalian nantikan..........


Pasar pada masa Rasulullah memegang peranan penting dalam perekonomian masyarakat muslim dan didirikan dengan nilai-nilai Islam. Rasulullah melarang adanya pajak, iuran atau pungutan apapun di dalam pasar agar tidak membebani para pedagang dan juga meningkatkan kemakmuran baik pedagang tersebut maupun masyarakat luas.  Pada masa Rasulullah pasar juga tidak boleh dipersempit dengan mendirikan bangunan di dalamnya. Hal ini dilakukan agar setiap pedagang baik yang kaya maupun miskin mendapatkan hak yang sama untuk bisa berdagang di pasar. Dalam hal menjaga keadilan dan ketertiban pasar, rasulullah sendiri yang terjun langsung sebagai muhtasib untuk megawasi pasar. Hal ini dilakukan untuk mencegah dan mengurangi terjadinya kecurangan dan ketidakadilan dalam pasar.

 


Ekonomi: Pasar di zaman Rasulullah SAW

Tanda aras kebangkitan Islam bermula apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah.  Hijrah telah meningkatkan taraf kedudukan umat Islam mencakupi semua bidang termasuk hal ehwal kemasyarakatan dan kenegaraan sehingga tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Teras penting dalam membina sebuah negara adalah ekonomi. Ketika itu, sistem kewangan dan ekonomi Madinah dikuasai oleh golongan Yahudi.  Ia berorientasikan riba, tipu helah, peras ugut dan penindasan. Tapak pasar dikenakan sewa yang tinggi sehingga membebankan kaum Muhajirin untuk berniaga. Para sahabat dan pengikut Baginda tidak dapat menjual mahupun membeli keperluan harian.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang sempurna, yang di dalamnya terkandung semua aspek kehidupan manusia, baik persoalan aqidah mahupun muamalat. Dalam setiap aktiviti muamalat yang dilakukan oleh orang Islam, ia perlu mengikut prinsip utama muamalat Islam.  Ia merupakan asas etika dalam perbuatan manusia. Prinsip muamalat menjamin agar setiap tindakan yang dilakukan sentiasa tepat dengan kehendak Islam dan sesuai dengan keinginan manusia yang sentiasa inginkan kebaikan dan keselesaan dalam kehidupan.  Ia adalah prinsip kebenaran, prinsip amanah, prinsip keikhlasan, prinsip keadilan, prinsip persaudaraan dan prinsip pengetahuan.

 

Mewujudkan sistem ekonomi Islam

Rasulullah SAW telah mewujudkan sistem ekonomi Islam sebagai menggantikan sistem ekonomi Yahudi dan jahilia. Sebuah pasar muslim dibangunkan.  Pasar itu dibuka kepada semua tidak terhad kepada para peniaga muslim sahaja malahan turut dibuka kepada bukan muslim. Ia sebagai satu cara pengukuhan ekonomi masyarakat Islam. Ekoran itu, kaum Yahudi mengalami kerugian apabila masyarakat Islam Madinah mula beralih dan mengutamakan pasar milik peniaga Islam.  Sistem berlandaskan riba oleh Yahudi turut terhapus dan digantikan dengan sistem kewangan berasaskan wang dinar dan dirham.  Ia bersandarkan emas yang lebih stabil dan adil menjadikan ekonomi Islam bertambah kukuh.

Sistem wakaf mula berkembang. Sebahagian besar harta yang diperoleh hasil perniagaan para sahabat diwakafkan.  Ia membantu rakyat dari aspek sumber air dan tanah untuk pembinaan masjid yang berfungsi sebagai pusat pemerintahan, pendidikan dan dakwah ketika itu. Zakat turut berkembang seiring peningkatan ekonomi Islam dalam membela nasib golongan miskin, anak yatim dan golongan asnaf. Para sahabat turut membiayai sebahagian besar kelengkapan pertahanan peperangan Madinah di awal proses pembinaannya. Kebijaksanaan Rasulullah SAW mengurus sistem ekonomi yang saksama menyebabkan nasib umat Islam terbela. Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda membentuk masyarakat baharu, membina kematangan politik dan menyampaikan dakwah Islam ke pelusuk dunia. Madinah menjadi milik semua kaum tanpa memilih apakah bangsa dan agama mereka. Semua pihak dilindungi undang-undang Islam.

Semoga jawaban pertanyaan “Bagaimana Sih Kegiatan Perekonomian Pasar di Masa Rasulullah ?”, diatas bermanfaat dan bisa menambah wawasan ilmu pengetahuan agama Islam kalian, semoga membantu.... Wasslamualaikum warrahmatullahi wabarakatu

#IslamItuIndah#EkonomiIslam#KampusIslam#UMM2021#BestMuslim


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Teologi al-Ashr dan Etos Perjuangan Muhammadiyah

LAB MANAJEMEN

Persona Kistiawan Bilal